Skip to main content

Wattpad

Hi servants! Your Lord is back hoho.. (Lol) Today I want to use Malay language because like I told before, broken English haha! 

Tajuk hari ni pasal Wattpad.. Maaflah daku bukannya pandai sangat susun ayat ke apa. Budak baru nak besar la katakan.. Lagipun kalau pakai English ni cam limited sikit ayat daku, perasan kan? Pakai bahasa ibunda baru nak banyak sikit typing.

Okay first, maksud Wattpad. Korang tahu tak wujudnya 'buah oren' di mana korang boleh baca, menulis macam novel cuma dalam versi lam tepon dan laptop. Kalau tak pernah tahu, mohon bukak Google Play atau mana-mana tempat yang munasabah haha!

Bagi Wattpadders (pengguna Wattpad) 'buah oren' tu kira cam takleh nak lepas dari hidup. Kalau sehari tak bukak, rasa cam kosong je dalam hari tu. Daku pun macam tu jugak. Dahlah daku ni sebagai salah sorang author dan pernah jadi calon dalam Wattys (pertandingan dalam Wattpad), kalau tak type sikit dalam draf tu rasa cam.. "Apa yang aku buat dalam hidup aku?"

Tapi, mesti ada orang cakap apa fungsi Wattpad. Yelah, daku sebut Wattpad je masa tahun lepas, semua duk garu kepala apa la.. Memang tak tahu langsung pasal 'buah oren' haha! Ala, daku pun baru tahu jugak senanya pasal 'buah oren' tu. Dari tahun lepas pada bulan Julai, 18. Macam manalah daku boleh ingat tarikh tu? Sebab Wattpad tu tunjuk la haha! (Okay hambar)

Senanya, buat pengetahuan korang yang langsung tak tahu pasal 'buah oren' ni, Wattpad ni salah satu cara komunikasi antara satu sama lain dari seluruh dunia juga. Macam Instagram dan Facebook juga! Cara jelah yang lain sikit. Korang boleh berchat dengan penulis dan juga dengan orang lain melalui komen. Tapi kalau nak tahu, komen tu pada citer yang korang baca la! Lagi satu, tak ramai yang komen dalam cerita. (Mesti pening kan haha!) Okay, maksud daku ialah, kalau seseorang author tu buat satu cerita genre.. Ikut sukalah nak buat genre apapun, komen mesti tak ramai.

Maksud komen tak ramai ialah di mana reader tak berchat dengan reader lain dalam cite author tu sangat. Faham kan? Memang ada je ramai komen dalam cite author cuma komunikasi antara reader dengan reader lain tu cam kurang. Kalau nak ramai chat dalam komen, buatlah satu buku pasal fakta. Tak kisah korang nak buat pasal fakta apa, sama ada fakta diri ke fakta crush ke boyfriend or girlfriend even pasal makanan pun! (sedikit merapu)

Tapi daku tak pandai buat pasal fakta jadi daku hanya mampu buat pasal story imaginary je. (Hoho) Lagipun, senanya dalam Wattpad tu ramai je yang main copy paste cite orang lain. Pastu, mulalah buat perang dalam ' buah oren'. (Kau ingat Instagram je ada war huh?) Kadang daku malas nak berperang jadi daku diamkan diri jelah sambil baca komen reader dengan reader, author dengan reader la. Perang cam entah pape je!

Lagi satu, siapa sini minat K-Pop? Please, jangan spam daku dengan soalan pasal K-Pop sebab daku tak tahu walau sepatah istilah dalam bahasa Korea haha! Cite Korea yang daku layan pun cuma RM (Running Man) tupun yang main duk ulang episode lama haha! Daku malas nak tengok episode baru sebab kat rumah daku ni takde channel S-One pun huhu. (Kalau salah eja atau salah channel, tolong kasitau daku eh) Okay, buat pengetahuan korang, dalam Wattpad tu, fanfic K-Pop la paling banyak yang pernah daku jumpa sepanjang daku pakai 'buah oren' tu. Dalam bahasa Melayu jela haha! 

Bahasa lain maybe ada kot tapi majoriti dalam bahasa ibunda la. Author yang duk tulis pasal fanfic tu ada yang berangan dia dengan ahli kumpulan K-Pop tu la! Siap letak nama real sebagai heroin dalam cite tu. (Lol) Pastu, ada jugaklah yang duk pairing dengan ahli K-Pop lain. Tak kisah lah girls group dengan boys group ke atau main pairing dengan ahli sendiri. (Part ni memang tak boleh blah) Daku ada la baca beberapa fanfic K-Pop yang main pairing dengan kumpulan sendiri. Contoh paling banyak ialah antara Baekhyun dan Chanyeol! Serius daku cam.. Apakah bila baca tu.

Dahlah daku ingat-ingat lupa member kumpulan dia, kadang nama kumpulan pun daku tertukar haha! Jadi, setiap kali daku bukak 'buah oren' ni mesti akan ada banyak pasal menda tu sampaikan daku rasa malas nak bukak haha!

Jadi, sebagai kesimpulan pasal 'buah oren' tu ialah tak kisahlah kau tu reader ke author, hormatlah orang lain jugak. Jangan kau fikir mentang-mentang cite kau meletup dalam 'buah oren' kau rasa nak bangga, riak lak! Please no.. Daku sendiri pun rasa yang daku ni bukannya pandai sangat menulis, serious! 700+ viewers tu bagi setiap story bukan banyak sangat pun haha! Ada je yang mencecah jutaan orang yang baca tapi daku tak bacalah sebab bagi daku tak best mana haha!

Serius sebab yang sikit viewers pun boleh jadi tempat pertama dalam sesuatu genre. Yang berjuta pun duk melutut kat bawah dia. Dahlah turun banyak! Sebab, 'buah oren' judge story orang base pada berapa kali kau update sekali (kot) atau lain-lain.

Jadi, sampai sini jelah daku nak taip pada malam ni. Maafkan daku kalau-kalau ada yang terbelit ke, pening ke, tak faham ke apa menda yang daku taip huhu.

This is the end of my topic. Thanks for spending your time to read my blog haha! Ciao, my servants!!

-Fuku_The_Lord-



Comments

Post a Comment